Pelajar sering salah menggunakan tatabahasa. Kata-kata yang digunakan dalam ayat tidak menepati
konteks dan maksud ayat.
Contoh:
Beliau telah ditangkap kerana mengedar dadah.(Salah)
Dia telah ditangkap kerana mengedar dadah.(Betul)
Analisis;
Kata "beliau" hanya digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, pegawai, menteri dan sebagainya
Contoh:
Mereka-mereka adalah pekerja yang dedikasi.(Salah)
Mereka adalah pekerja yang dedikasi.(Betul)
Analisis;
Kata ganti diri ketiga iaitu mereka sudah menunjukkan jamak(banyak). Jadi tidak perlu digandakan.
Contoh:
Dia berlari daripada rumah ke kedai.(Salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai.(Betul)
Analisis;
Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan masa, tempat dan arah. Manakala, kata sendi daripada
digunakan untuk menunjukkan perkara yang lebih umum seperti orang, perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak dan menunjukkan pertentangan.
No comments:
Post a Comment