Friday, 18 March 2011
Penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti
Minggu lepas, saya dan rakan-rakan saya membuat penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti di Slim River, Perak. Tempat itu sepeti sekolah yang menempatkan pelajar yang kurang upaya seperti Sindrom Down dan Slow Learner. Mereka ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke pusat ini supaya mereka dapat berdikari dan tidak mengharap bantuan daripada keluarga. Kami menemu ramah ibu kepada salah seorang pelajar di situ. Pelajar itu mempunyai masalah Sindrom Down. Pada mulanya, ibu budak ini tidak boleh menerima kenyataan bahawa anaknya berpenyakit. Hal ini kerana anak-anaknya yang lain semuanya normal tetapi anaknya yang bongsu ini tidak seperti kanak-kanak lain. Akhirnya, dia redha dengan qada' dan qadar. Dorongan dan semangat daripada ibu bapa sangat penting agar anak-anak mereka yang tidak normal ini boleh hidup seperti biasa. Jika kita membiarkan mereka ini terabai maka mereka tiada tempat untuk mengadu.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment