Falsafah Abdullah Munsyi
“Jikalau sekiranya ada umur-umur seribu tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu, kerana tiada seorang segala hamba Allah dalam dunia ini semuanya tidak mengkehendaki kebesaran, maka ilmu itulah tangganya.”
Saya amat suka falsafah Abdullah Munsyi ini kerana dia menerangkan kepentingan mencari ilmu. "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China." Jika kita hidup di dunia ini tanpa ilmu maka kita akan mudah ditipu, diperdaya dan dizalimi. Dengan ilmu kita boleh memajukan sesebuah negara.
“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun andapergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang
berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
No comments:
Post a Comment