Sinopsis
Alias seorang pelajar yang sangat miskin. Ayahnya sudah meninggal dunia dan dia mempunyai ibu yang lumpuh. Alias tinggal di pondok yang sangat buruk, jikalau digoyangkan pondoknya itu maka robohlah pondok itu. Alias mempunyai seekor beruk bernama Pon. Alias sangat menyayangi Pon kerana kalau tidak ada Pon, Alias dan ibunya tidak mendapat duit untuk membeli barang keperluan. Alias akan mengambil upah mengambil buah kelapa. Pada pagi itu, Pon hilang dan Alias mencari Pon sehingga dia terlewat masuk kelas. Cikgu Sunan bertanya kenapa dia lewat, Alias menjawab "Beruk saya, cikgu."Cikgu itu pun terus memanggilnya Beruk dan menyuruh kawan sekelas Alias memanggilnya Beruk.Cikgu Sunan telah melempang Alias sehingga dia terpelanting kerana lewat datang tetapi Alias tidak berdendam. Kerana dilempang Cikgu Sunan, telinga Alias membengkak dan sangat sakit tetapi Alias mendiamkan diri sahaja. Akhir sekali Pon telah dibunuh oleh Alias kerana Pon bertindak kasar kepada Cikgu Sunan. Cikgu Sunan akhirnya insaf dan menanggung perbelanjaan Alias hinggalah ke Universiti.
makseh sbb post. sebab nk molah assignment kelak. makseh banyak2. T-T ^-^
ReplyDelete