Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa ialah satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia untuk berkomunikasi ialah bahasa Melayu. Tetapi, kini bahasa rojak semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja. Bahasa Rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk. Contohnya, bahasa Melayu dicampur dengan bahasa Inggeris. Apa yang akan terjadi sekiranya generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak? Jika perkara ini terjadi, maka sia-sialah perjuangan tokoh-tokoh bahasa untuk mengangkat bahasa Melayu ke serata dunia. Tontonlah video di bawah ini, jika dari kecil kanak-kanak sudah dididik menggunakan bahasa Melayu, bagaimana nanti apabila dia sudah dewasa? Mungkinkah dia menggunakan bahasa Melayu dengan betul atau menggunakan bahasa rojak. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment