Thursday, 17 March 2011

Menulis

Dulu saya ingat untuk mengarang sebuah cerita mudah, apabila ada idea tulis sahaja di atas kertas. Rupa-rupanya sukar untuk menulis sebuah cerita yang menarik. Sebelum menulis kita harus tahu apa tujuan kita menulis? Selepas kita tahu tujuan untuk menulis kita harus ada cerita yang hendak dikarang. Selepas itu, kita akan merangka perjalanan cerita itu di atas kertas. Kita susun perjalanan cerita itu bermula daripada :

Permulaan - Pengembangan - Konflik - Penurunan - Peleraian

Kita harus pandai mengolah cerita dan bermain dengan emosi pembaca. Jadi, penggunaan gaya bahasa yang menarik juga amat dititikberatkan. Contohnya,

1) Akan kutunggu walaupun seribu tahun lamanya
2) Jeritannya menggoncang bumi
3) Darahnya memancut membasahi bumi

Selain itu, peleraian sesebuah cerita itu juga haruslah sesuai dengan cerita yang dikarang. Terdapat segelintir pembaca suka akan persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang ataupun peleraiannya menyeronokkan.

Kesimpulannya, untuk mengarang sebuah cerita yang menarik haruslah mempunyai sikap yang sabar dan jangan mudah putus asa. Hal ini kerana, karya yang dikarang akan disunting banyak kali sehingga kita puas hati.

No comments:

Post a Comment