Saturday, 26 March 2011

Hamba Biasa

Masa dan pengalaman banyak mengajar diri ini menjadi insan yang bersyukur kepada Allah. Lambakan tugasan yang banyak dan pelbagai dugaan yang mendatang membuatkan diri ini mahu pergi ke tempat yang sunyi dan tenang. Tempat yang tidak sesak dengan manusia dan bangunan. Tetapi apabila kita berbuat demikian seolah-olah kita ingin lari dari masalah. Diri sangat bersyukur kepada Allah kerana Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Mungkin dalam kita senang kita lupa akan Allah, apabila susah baru tahu betapa kerdilnya diri ini. Allah mentarbiah kita tanpa kita sedar dan secara berterusan. Setiap ujian yang Allah beri merupakan satu proses untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan untuk mematangkan kita. Setiap orang Allah uji dengan keadaan yang berbeza-beza. Ada Allah uji dengan kekayaan dan ada juga yang diuji dengan kemiskinan. Kasih sayang yang Allah bagi kepada hambanya tidak berbelah bagi. Terpulang kepada kita untuk menggapainya atau tidak. Sungguh Allah amat merindui kita apabila dia menguji kita. Allah nak dengar kita hambaNya merintih sayu, menangis hiba, merayu dan meluahkan rasa di hadapan-Nya. Sesungguhnya hamba Mu ini sentiasa lalai dan leka dengan kesenangan dunia.
alt

No comments:

Post a Comment