(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhan-nya? Katakanlah, " Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.
Surah Az-Zumar (ayat 9)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
Surah Al-Mujadilah (ayat 11)
Berdasarkan dua ayat di atas, maka kita boleh lihat Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Di antara 7 sifat orang yang sangat efektif;
1)Proaktif
-Sentiasa ke hadapan
-Berusaha untuk mendapat ilmu
-Sentiasa fikir perkara yang lain daripada orang lain
2)Rancang Perjalanan Akademik
-Buat jadual
-Setiap hari mesti membaca
3)Keutamaan yang penting
-Berikan keutamaan kepada benda yang paling utama
-Pertimbangan antara dua perkara yang penting
4)Fikir Menang-Menang
-Tidak meninggalkan peluang yang ada
-Belajar mengambil peluang tanpa menganiayai orang lain
5)Faham dulu barulah Memahami
-Kita mesti faham orang lain dulu barulah orang lain memahami kita
-Hormati orang lain jika ingin dihormati
6)Sinergi
-Hafal fakta / formula, selepas itu ulang dan dengar
-Buat kerja bersama-sama
7)Tajamkan Gergaji
-Kita semua ada kelebihan masing-masing tetapi terpulang kepada kita bagaimana hendak mengasah bakat.
No comments:
Post a Comment