Thursday, 17 March 2011

Pasar Malam

Ketika berjalan-jalan untuk membeli makanan, aku terdengar perbualan diantara seorang pelajar dan penjual sayur-sayuran di situ.

Pelajar : Bang, nak cili hidup dua ringgit.
Penjual : Ok.
Pelajar : Bang, terung ni 2 biji berapa ringgit?
Penjual : Dua biji 2 ringgit.
Pelajar : Boleh tak, kurangkan harga sikit saya ni pelajar.
Penjual : Tak boleh la dik. Kami ni penganggur. Terung ni memang mahal.
Pelajar : Tak pe la.

Tersenyum aku apabila mendengar jawapan Penjual itu. Dia mengatakan bahawa dia  "Penganggur", jadi menjadi Penjual itu bukan satu pekerjaan tetapi sekadar suka-suka sahaja hendak menjual. Mungkin penjelasan dari segi pragmatiknya adalah kalau dia kurangkan harga Terung itu maka dia tidak ada gaji. Itu pendapat saya sahaja.

No comments:

Post a Comment