Thursday, 17 March 2011

Sahabat

Apabila bercakap tentang sahabat, saya teringat akan analogi seorang sahabat ini. Analoginya ialah:
"Kita sangat suka memakai baju itu dan baju itu sangat penting untuk kita tetapi suatu hari baju yang kita pakai itu tidak muat dan tidak sesuai untuk kita jadi tindakan kita bagi baju itu kepada orang lain atau buang." Maksudnya, apabila kita bersahabat baik jika persahabatan itu sudah tidak serasi maka kita asingkan diri atau buang sahabat itu. Pada pendapat saya, kadang-kadang sukar untuk kita menerima segala kekurangan sahabat kita. Tetapi, kita harus ingat balik apa tujuan kita berkawan dengannya. Adakah semata-mata untuk peneman suka dan duka atau kita berkawan dengan dia sekadar kawan sahaja. Niat kita dalam berkawan adalah kerana Allah S.W.T dan anggap dia adalah saudara kita. Sering kali kita mahu orang lain faham kita tetapi kita tidak cuba untuk memahami orang lain. Jadi, faham dulu orang lain barulah orang lain akan faham kita.

Sahabat
Bila aku terleka
Kau sering mengingatkanku
Kau tarik tanganku
Agar aku tidak tenggelam dalam kegelapan.

Sahabat
Sering kali aku menyakitimu
Membuatkan kau bersedih
Tapi kau sering kali memaafkanku
Kau tetap denganku

Sahabat
Mungkin diri ini sering kali mengguris hatimu
Tapi sahabatku janganlah kau biarkan diri ini
Berseorangan dan maafkanlah segala salah silapku
Terima kasih sahabat.

No comments:

Post a Comment