Friday, 18 March 2011

Bahasa Badan

Dibawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika bercakap dengan seseorang :
1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahawa anda tertutup terhadap lawan cakap anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.
2. Lakukan komunikasi mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan komunikasi mata pada lawan cakap jadi  anda dapat membuat hubungan percakapan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan cakap anda menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan komunikasi mata pada lawan cakap anda, memang anda akan berasa tidak selesa  pada waktu pertama kali. Namun lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.
3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan bahawa anda cukup percaya diridan selesa dengan posisi anda.
4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda berasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cubalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan letak kembali posisinya ke belakang atau bersandar.
5. Mengangguk ketika lawan cakap  anda sedang bercakap.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) seperti burung pelatuk :) , kerana anda akan nampak seperti dibuat-buat.
6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak seronok, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam keadaan  santai, tidak tegang.
7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lawan cakap anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda cukup percaya diri dan santai, condongkan sedikit badan anda ke belakang. Namun juga jangan terlalu condong, kerana anda akan terlihat seperti seorang yang sombong.
8. Tersenyum dan tertawa.
Ceria dan gembira, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucunya, kerana anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.
9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda bercakap dengan seseorang. Anda akan terlihat seperti tidak selesa berbicara dengan lawan cakap anda dan juga terlihat seperti orang yang tidak percaya diri.
10. Jangan terburu-buru.
Perkara ini biasanya berlaku untuk apa sahaja. Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain itu, anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.

No comments:

Post a Comment