Puteri Santubong
Puteri Santubong puteri Sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
Maksudnya;
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang merupakan penjaga di gunung negeri Sarawak. Kecantikan mereka tiada tandingannya kerana mereka berdua adalah anak kepada Dewa yang turun dari kayangan.
( syair )
Ooo... puteri santubong
Menenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjang
Menumbuk padi... malam
Maksudnya;
Puteri Santubong akan menenun kain pada waktu siang manakala Puteri Sejenjang akan menumbuk padi pada waktu malam.
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati
Maksudnya;
Pada suatu hari, mereka berdua telah bergaduh, saling memarahi tanpa henti. Seorang ini mengatakan bahawa dialah yang paling baik manakala seorang lagi tidak mahu mengalah walaupun sampai mati.
Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak
Maksudnya;
Inilah kisah dua orang Puteri yang sangat suka bergaduh setiap hari. Maka, mereka berdua telah disumpah oleh Raja Kayangan menjadi gunung di negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment