Hari itu, saya buat modul untuk adik-adik halaqah. Saya bagi mereka roti, dan bagi arahan "makan di tempat yang orang tak nampak", tidak kisah di mana-mana tetapi makan di tempat yang orang tak nampak. Saya tersenyum apabila adik-adik makan secara sembunyi-sembunyi. Hanya seorang sahaja tidak makan. Saya tanya kepada dia kenapa tidak makan? Dia menjawab, "Macam mana nak makan kak, dimana-mana akan ada yang melihat kita iaitu Allah S.W.T. Betul tak, kak?" Alhamdulillah, berjaya juga modul yang dibuat. Saya kaitkan dengan tajuk yang hendak dikongsikan bersama-sama adik-adik pada hari itu iaitu Akidah. Akidah merupakan pegangan kita. Mempelajari akidah adalah Fardhu Ain iaitu wajib bagi kita semua mempelajarinya. Apabila rosak akidah maka segala amalan kita menjadi kosong. Rasulullah memantapkan akidah selama 13 tahun di Mekah. Hal ini sangat penting untuk membentuk generasi Islam yang mantap.
Perkara yang sangat besar tetapi kita anggap kecil tetapi disisi Allah ia dianggap besar;
1)Berdoa di majlis
-Kita akan mengatakan Berdoa dan bukan Islam berdoa mengikut Tuhan masing-masing. Seolah-olah kita mengakui ada banyak Tuhan. Nauzubillah min zalik. Kita haruslah meyakini Allah itu satu.
2)Ubat
-Kita selalunya akan cakap baguslah ubat ini, aku makan terus sembuh tetapi kita lupa bahawa Allah yang menyembuhkan segala penyakit.
3)Pisau / Gunting
-Kita selalu cakap "Bagusnya pisau ni, tajamla gunting ni/pisau ni" tetapi kita lupa bahawa Allah yang menajamkannya.
4)Cantik
-Kita lupa bahawa Allah yang memberi kecantikan sehingga kita sombong dan bermegah dengan kecantikan yang kita miliki. Namun, harus kita ingat kecantikan ini hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik.
No comments:
Post a Comment