Thursday, 17 March 2011

Makanan Orang Sarawak

Apabila bercakap mengenai makanan pasti ramai yang teringat makanan yang sedap dan terliur. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan setiap kaum pasti mempunyai makanannya yang tersendiri. Makanan ini melambangkan keindahan dan kesenian kaum itu sendiri. Di Sarawak terdapat pelbagai kaum seperti Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Orang Ulu, Orang Penan dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai makanan yang berbeza.


Ini adalah Bubur Pedas Sarawak. Biasanya makanan ini akan banyak dijual apabila bulan Ramadhan. Makanan tradisi Melayu Sarawak.

Ini adalah Laksa Sarawak. Semua kaum menyukai makanan ini. Rasanya seperti kari dan dibuat dengan menggunakan bihun.

Makanan di atas pasti semua orang sudah mengetahuinya iaitu Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak ini wajib ada di semua rumah di Sarawak ketika Hari Raya Aidilfitri.

Makanan tradisi orang Iban dan Bidayuh iaitu Manok/Ayam Pansuh. Makanan ini akan dimasak pada Hari Gawai.

Umai makanan tradisi orang Melanau. Terdapat banyak lagi makanan tradisi yang ada di Sarawak, contohnya seperti di bawah;

Linut atau dikenali dengan Ambuyat di Sabah dan Brunei.


Mee Kolok

Ulat Mulung / Ulat Sagu

No comments:

Post a Comment