Wednesday, 16 March 2011

Aurat

Disini ingin saya berbicara mengenai aurat. Jika kita lihat diluar sana, begitu ramai wanita yang tidak menutup aurat. Kebanyakan perspektif masyarakat terhadap pemakaian tudung ini negatif. Saya terdengar perbualan tiga sekawan yang berkaitan dengan pemakaian tudung.

Si A : Kau bila lagi nak pakai tudung?
Si B : Malasla, apa guna pakai tudung kalau perangai macam "hantu'.
Si C : Betul tu. Aku belum sampai seru lagi nak pakai tudung.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [TMQ An-Nur (24):31].

Mengenai pernyataan tentang "apa guna pakai tudung kalau perangai macam hantu". Dah tahu perangai macam "hantu", cubalah berubah. Apabila kita pakai tudung secara semula jadinya kita akan menghadkan pergaulan kita. Sekurang-kurangnya, apabila kita memakai tudung kurang sedikit dosa yang kita buat. Jika kita tidak memakai tudung dan berbuat maksiat maka dosa yang kita dapat dua iaitu dosa tidak memakai tudung dan dosa membuat maksiat. Nauzubillah min zalik. Satu lagi pernyataan ialah " tunggu sampai seru". Memang tidak dapat dinafikan hidayah milik Allah, namun kita sebagai manusia harus berusaha mendapatkan hidayah itu. Kalau kita nak tunggu sampai kiamat pun hidayah itu takkan sampai kepada kita. Berusahalah  dari segi pergi ke program agama, belajar agama dan sebagainya yang mendekatkan diri kita ke arah kebaikan. InsyaAllah, Allah akan bukakan hati kita dan nur hidayah itu akan menyusup ke hati kita.Amin...Selain itu, amat memilukan apabila terdapat segelintir wanita memakai tudung apabila pergi ke kuliah tetapi tidak memakai tudung apabila keluar membeli-belah dan sebagainya. Bagi saya apabila mereka berbuat demikian diibaratkan mereka seperti mempermainkan agama Islam. Apabila sudah memakai tudung pakailah terus jangan pula membuat tudung itu seperti "lampin pakai buang". Tidak mereka terfikir apa pandangan orang bukan Islam terhadap mereka dan yang paling dibimbangkan ialah pandangan terhadap agama Islam. Saya tahu manusia memang ada kelemahan dan kekurangan tetapi apa salahnya jika kita memperbaiki kekurangan kita itu. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment