Pagi itu, saya pergi ke kelas sepeti biasa. Pembelajaran yang agak sukar untuk difahami. Namun, yang paling penting pensyarah cuba untuk menerapkan modal insan dalam diri setiap pelajar. Pada pagi itu, pensyarah pmengatakan dia tidak dapat hadir ke kuliah esok, jadi esok kuliah batal. Segelintir pelajar buat-buat mengeluh , dan buat muka sedih. Selain itu, ada juga yang mengatakan "yes".Apabila pensyarah mendengar reaksi pelajar, jadi pensyarah mengaitkan situasi tersebut dengan apa yang telah dipelajari tadi. Apabila pelajar berasa sedih tidak ada kelas maka pelajar itu mempunyai nilai modal insan yang tinggi dalam dirinya. Sebaliknya, jika pelajar berasa gembira tidak ada kelas maka nilai modal insan perlu diterapkan lagi dalam dirinya.
"Apa saja yang kita buat yang paling penting adalah niat kita, namun niat tidak menghalalkan cara."InsyaAllah untuk peringatan diri dan kawan-kawan, marilah kita sama-sama membetulkan niat iaitu apa sahaja yang kita buat niat kerana Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment