Wednesday, 16 March 2011

Pembentangan

Semua orang pasti pernah melalui situasi yang sangat mendebarkan dan kaki serta tangan menjadi sejuk. Apabila mendengar perkataan "pembentangan" seakan diri menjadi trauma. Hal ini kerana, untuk berhadapan dengan khalayak yang ramai bukannya mudah. Ia memerlukan kita mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Persiapan membentang haruslah dilakukan sebelum, semasa dan selepas membentang. Sebelum membentang banyak perkara yang harus kita titik beratkan. Pertama, bahan yang kita hendak bentangkan itu mestilah sudah lengkap dan tersedia. Sebelum membentang kita harus memahami apa yang kita hendak bentangkan, barulah kita boleh huraikan tajuk kita satu persatu. Buat nota ringkas mengenai tajuk yang kita hendak bentangkan. Hal ini supaya kita mudah faham tajuk yang kita nak bentangkan. Sebelum membentang jika berasa seram sejuk dan dada berdegup dengan pantas, cuba tenangkan diri. Selepas itu, tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Bacalah selawat ke atas Nabi berulang-ulang kali sampai giliran kita membentang. Semasa membentang anggap tiada orang di situ. Kalau tidak boleh juga, kita anggap itu hanya satu permainan. Bayangkan benda yang kita suka dan apabila kita fikirkan tentang perkara itu, kita akan berasa selesa dan gembira. Waktu membentang kita bentangkan apa yang kita faham mengenai tajuk tersebut. Kita anggap khalayak tidak tahu dan tidak ada skemata tentang tajuk yang kita bentangkan. Jadi, sekarang tugas kita adalah untuk memahamkan khalayak kita. Apabila membentang haruslah berkomunikasi secara dua hala. Jika hanya komunikasi sehala maka pembentangan itu menjadi bosan. Selepas membentang kita harus yakin bahawa kita telah buat yang terbaik. InsyaAllah, semuanya menjadi baik.

"Apabila kamu memberi yang terbaik, maka kamu akan dapat yang paling terbaik."

No comments:

Post a Comment