Thursday, 17 March 2011
Tahun Baru Cina
Ada kawan yang berbangsa Cina tidak dapat balik kerana tiket mahal. Saya tahu perasaan tidak dapat balik bersama keluarga pada hari perayaan. Sebelum Tahun Baru Cina, Saya dan kawan saya ke pekan. Temankan dia gunting rambut. Menurut kepercayaan orang Cina, apabila tiba musim perayaan kita harus menggunting rambut untuk membuang nasib yang tidak baik. Keesokkannya kami pergi Ipoh, berjalan-jalan di rumah kawan. Walaupun dia tidak dapat balik bersama keluarga sekurang-kurangnya disini dia tidak keseorangan. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu-padu dan saling menghormati agar tidak timbul pergaduhan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment