Istilah halaqah (lingkaran) biasanya digunakan untuk menggambarkan sekelompok kecil muslim yang secara rutin mengkaji ajaran Islam. Ahli kumpulan dalam halaqah itu ialah antara 3 hingga 5 orang.
Hari itu, apabila saya membuat halaqah, adik-adik halaqah saya bertanya kepada saya.
Adik 1 : Kak, "couple" tu haram ke kak?
Adik 2 : Kak, macam mana kalau kita tidak bercinta namun sekadar "teman tetapi mesra"?
Saya diam sejenak, untuk menjawab soalan itu kita haruslah menjawab dengan berhikmah.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain. Contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi tidak manis dipandang. Adakah kalau kamu "couple" kamu boleh mengawal diri daripada berasa rindu, berasa sayang dan terbayang-bayang wajah si dia. Sedangkan kita patut curahkan kasih dan sayang itu kepada lelaki yang sudah sah menjadi suami kita. Kalau kita tidak boleh kawal itu semua, jadi tidak payahlah kita bercinta. Memang tidak dapat dinafikan perasaan ingin disayangi, ingin dicintai dan diberi perhatian memang tidak lari dari seorang manusia itu. Jadi untuk melupakan perasaan itu, cubalah menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan jaga batas-batas pergaulan.
Sama juga dengan keadaan "teman tapi mesra". "Teman tapi mesra" ini lama-kelamaan akan menjadi rapat dan kita tidak boleh hendak berenggang daripadanya. Hal ini disebabkan menjadi kebiasaan untuk kita bersamanya. Jadi, kalau boleh elakkan. Kalau tidak boleh lupakan si dia, solat Istikharah, berdoa dan tawakal kepada Allah S.W.T.
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari
balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Hal ini menjadi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat sekalian.
No comments:
Post a Comment