Saturday, 26 March 2011
Hamba Biasa
Masa dan pengalaman banyak mengajar diri ini menjadi insan yang bersyukur kepada Allah. Lambakan tugasan yang banyak dan pelbagai dugaan yang mendatang membuatkan diri ini mahu pergi ke tempat yang sunyi dan tenang. Tempat yang tidak sesak dengan manusia dan bangunan. Tetapi apabila kita berbuat demikian seolah-olah kita ingin lari dari masalah. Diri sangat bersyukur kepada Allah kerana Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Mungkin dalam kita senang kita lupa akan Allah, apabila susah baru tahu betapa kerdilnya diri ini. Allah mentarbiah kita tanpa kita sedar dan secara berterusan. Setiap ujian yang Allah beri merupakan satu proses untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan untuk mematangkan kita. Setiap orang Allah uji dengan keadaan yang berbeza-beza. Ada Allah uji dengan kekayaan dan ada juga yang diuji dengan kemiskinan. Kasih sayang yang Allah bagi kepada hambanya tidak berbelah bagi. Terpulang kepada kita untuk menggapainya atau tidak. Sungguh Allah amat merindui kita apabila dia menguji kita. Allah nak dengar kita hambaNya merintih sayu, menangis hiba, merayu dan meluahkan rasa di hadapan-Nya. Sesungguhnya hamba Mu ini sentiasa lalai dan leka dengan kesenangan dunia.

Pengalaman
Tarikh 24 Mac 2011 merupakan tarikh yang amat bermakna buat diriku. Pada hari itu, saya dan kawan-kawan bertolak dari Tanjong Malim ke Negeri Sembilan. Hari itu, saya mengajar pelajar Tingkatan 2 Ibnu Sinna. Sungguh seronok mengajar pelajar-pelajar ini. Tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.
Friday, 18 March 2011
Bahasa Mat Rempit
Budak-budak sekarang telah mencemarkan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa "mat rempit".
Contohnya ;
Contohnya ;
Kowunk Sihat Tak? (Kamu semua sihat atau tidak)
Tyomelnya kau (Comelnya kau)
Kaw ni jahatlah (Kau ini jahatlah)
Ajak Dorunk Sekali (Ajak mereka semua sekali)
Leklu (Tunggu Sekejap)
Skunk (Sekarang)
Apa nak jadi dengan remaja sekarang. Ejaan ditambah dan dipendekkan. Sepatutnya, kita menggunakan bahasa dengan betul agar generasi seterusnya b
Doktor Oh Doktor
Sering kali aku ke klinik, tapi pemeriksaan doktor di klinik mengecewakanku. Kadang-kadang apabila kita ke klinik dia hanya memeriksa seimbas lalu sahaja. Pesakit tengah sakit tetapi dia hanya memeriksa ala kadar sahaja.
Doktor : Sakit ape?
Pesakit : Sakit perut, apabila makan tak boleh masuk. Asyik-asyik nak muntah
Doktor : Awak salah makan tu.
Pesakit : Owh
Beberapa hari selepas itu, penyakit dia tidak sembuh-sembuh. Apabila pergi ke hospital, doktor mengesyaki kanser usus. Tetapi, apabila diperiksa dengan teliti, pesakit itu disahkan menghadapi penyakit ovari. Pada hari itu juga, dia terpaksa membuat pembedahan ovari. Dia tidak dapat makan melalui mulut, dia hanya makan susu yang dimasukkan melalui hidungnya. Kesakitan yang dialami tidak tergambarkan. Kalaulah doktor itu, dapat mengetahui penyakitnya lebih awal, tidaklah dia mengalami kesakitan.Bukan nak salahkan doktor, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti
Minggu lepas, saya dan rakan-rakan saya membuat penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti di Slim River, Perak. Tempat itu sepeti sekolah yang menempatkan pelajar yang kurang upaya seperti Sindrom Down dan Slow Learner. Mereka ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke pusat ini supaya mereka dapat berdikari dan tidak mengharap bantuan daripada keluarga. Kami menemu ramah ibu kepada salah seorang pelajar di situ. Pelajar itu mempunyai masalah Sindrom Down. Pada mulanya, ibu budak ini tidak boleh menerima kenyataan bahawa anaknya berpenyakit. Hal ini kerana anak-anaknya yang lain semuanya normal tetapi anaknya yang bongsu ini tidak seperti kanak-kanak lain. Akhirnya, dia redha dengan qada' dan qadar. Dorongan dan semangat daripada ibu bapa sangat penting agar anak-anak mereka yang tidak normal ini boleh hidup seperti biasa. Jika kita membiarkan mereka ini terabai maka mereka tiada tempat untuk mengadu.

Kemahiran Berkomunikasi
KEMAHIRAN dalam BERKOMUNIKASI
1. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Hal ini boleh ditunjukkan melalui penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata sangat berkesan secara konsisten.
2. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten.
3. Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian secara konsisten.
4. Kebolehan menyampaikan idea secara bertulis dengan jelas, tersusun, lancar dan bersesuaian secara konsisten.
5. Kebolehan membuat pembentangan dengan yakin dan berkesan menggunakan bantuan teknologi (bahasa, simbol dan visual) secara konsisten.
6. Kebolehan berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan merangsang perbincangan.
7. Kebolehan berinteraksi dengan khalayak pelbagai budaya menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi secara konsisten.
8. Kebolehan membuat rumusan secara lisan dan bertulis dengan padat, tepat dan mantap secara konsisten.
Kesalahan dalam Solat
SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Kita sering kali melakukan kesalahan dalam sembahyang. Contohnya, kalau kita membaca surah dalam sembahyang tidak mengikut tajwid hukumnya makruh. Hal ini, menjadi peringatan kita bersama. Banyak lagi kesalahan yang kita sering lakukan. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
• Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4). Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
• Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).
• Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
• Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
• Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

Bahasa Badan
Dibawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika bercakap dengan seseorang :
1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahawa anda tertutup terhadap lawan cakap anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.
2. Lakukan komunikasi mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan komunikasi mata pada lawan cakap jadi anda dapat membuat hubungan percakapan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan cakap anda menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan komunikasi mata pada lawan cakap anda, memang anda akan berasa tidak selesa pada waktu pertama kali. Namun lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.

3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan bahawa anda cukup percaya diridan selesa dengan posisi anda.
4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda berasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cubalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan letak kembali posisinya ke belakang atau bersandar.
5. Mengangguk ketika lawan cakap anda sedang bercakap.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) seperti burung pelatuk
, kerana anda akan nampak seperti dibuat-buat.

6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak seronok, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam keadaan santai, tidak tegang.
7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lawan cakap anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda cukup percaya diri dan santai, condongkan sedikit badan anda ke belakang. Namun juga jangan terlalu condong, kerana anda akan terlihat seperti seorang yang sombong.

8. Tersenyum dan tertawa.
Ceria dan gembira, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucunya, kerana anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.
9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda bercakap dengan seseorang. Anda akan terlihat seperti tidak selesa berbicara dengan lawan cakap anda dan juga terlihat seperti orang yang tidak percaya diri.
10. Jangan terburu-buru.
Tatabahasa
Pelajar sering salah menggunakan tatabahasa. Kata-kata yang digunakan dalam ayat tidak menepati
konteks dan maksud ayat.
Contoh:
Beliau telah ditangkap kerana mengedar dadah.(Salah)
Dia telah ditangkap kerana mengedar dadah.(Betul)
Analisis;
Kata "beliau" hanya digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, pegawai, menteri dan sebagainya
Contoh:
Mereka-mereka adalah pekerja yang dedikasi.(Salah)
Mereka adalah pekerja yang dedikasi.(Betul)
Analisis;
Kata ganti diri ketiga iaitu mereka sudah menunjukkan jamak(banyak). Jadi tidak perlu digandakan.
Contoh:
Dia berlari daripada rumah ke kedai.(Salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai.(Betul)
Analisis;
Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan masa, tempat dan arah. Manakala, kata sendi daripada
digunakan untuk menunjukkan perkara yang lebih umum seperti orang, perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak dan menunjukkan pertentangan.
Kepeningan
Kadang-kadang aku tertekan melihat orang yang berasa tertekan kerana tugasan dan banyak sangat program. Tugasan yang banyak kerana setiap kali dihantar telah ditolak oleh pensyarah.
Si A : Tensionnya, dahla tugasan lain pun banyak.
Si B : Banyaknya program, pening kepala ni nak memikirkannya dengan tugasan yang banyak tak siap lagi ni.
Argh...tensionnya..
Si C : Bako je...Kita bako je..
Apabila kita tertekan dan pening, akan mengujarkan bahasa yang boleh melegakan hati kita. Walaupun kita tahu perkataan itu tidak perlu diucapkan. Apabila kita tertekan lebih baik kita ambil wudhuk dan solat Taubat. Dengan berbuat demikian hati kita akan berasa lebih tenang dan tenteram.
"Hantu Kak Limah Balik Rumah"
Setelah filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" ditayangkan di pawagam, ramai pelajar menggunakan perkataan seperti ;
1) Kite bako je.
- Maksudnya, kita bakar sahaja.
2) Pelawok.
- Maksudnya, penipu
Disini dapat kita lihat bahawa filem yang ditayangkan amat mempengaruhi pelajar. Perkataan-perkataan ini menjadi ikutan pelajar. Bagaimana hendak berbahasa baku jika media tidak menjalankan peranannya untuk menggunakan bahasa dengan betul.

Thursday, 17 March 2011
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.
Perkataan yang dihitampekatkan ialah kata penguat.
Pelajar hari ini biasanya menggunakan kata penguat yang salah, contohnya;
Paling | Agak | Sungguh | Amat |
Terlalu | Nian | Benar | Paling |
Perkataan yang dihitampekatkan ialah kata penguat.
Pelajar hari ini biasanya menggunakan kata penguat yang salah, contohnya;
1) Berat giler
2) Sakit giler
3) Sedap giler
Nasib baik tidak jadi gila. Gunalah bahasa Melayu dengan betul.
Ejaan
Sehingga sekarang ada lagi yang mengeja perkataan mengikut ejaan lama.
Contohnya ;
Salah Betul
1) Kelinik - Klinik
2) Sharikat - Syarikat
3) Memileh - Memilih
4) Di-gemari - Digemari
5) Chuma - Cuma
6) Merbahaya - Berbahaya

Contohnya ;
Salah Betul
1) Kelinik - Klinik
2) Sharikat - Syarikat
3) Memileh - Memilih
4) Di-gemari - Digemari
5) Chuma - Cuma
6) Merbahaya - Berbahaya
Lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang
Puteri Santubong
Puteri Santubong puteri Sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
Maksudnya;
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang merupakan penjaga di gunung negeri Sarawak. Kecantikan mereka tiada tandingannya kerana mereka berdua adalah anak kepada Dewa yang turun dari kayangan.
( syair )
Ooo... puteri santubong
Menenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjang
Menumbuk padi... malam
Maksudnya;
Puteri Santubong akan menenun kain pada waktu siang manakala Puteri Sejenjang akan menumbuk padi pada waktu malam.
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati
Maksudnya;
Pada suatu hari, mereka berdua telah bergaduh, saling memarahi tanpa henti. Seorang ini mengatakan bahawa dialah yang paling baik manakala seorang lagi tidak mahu mengalah walaupun sampai mati.
Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak
Maksudnya;
Inilah kisah dua orang Puteri yang sangat suka bergaduh setiap hari. Maka, mereka berdua telah disumpah oleh Raja Kayangan menjadi gunung di negeri Sarawak.

Mencari Kebahagiaan Abadi
Mencari Kebahagiaan Abadi
Dimana? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya : "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah al-Qamar 54:55)
Bagaimana? Dengan mengutamakan Akhirat...
Firman Allah, maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diberikan pertolongan."(Surah al-Baqarah : 86)
Dengan Sabar dan Takwa
Firman Allah, maksudnya : "Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Hud : 49)
Untuk siapa? Yang beriman dan beramal soleh
Firman Allah, maksudnya : "Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd 13 : 29)
Yang beroleh hidayah...
Firman Allah, maksudnya : "Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." (Surah al-Isra' 17-97)
Novel "Beruk"
Kali pertama aku tergelak apabila melihat novel "Beruk" yang ditulis oleh Azizi Abdullah. Nama yang pelik tapi unik. Apabila aku membaca novel ini, ia banyak menyampaikan mesej yang sangat mendalam terutama kepada bakal pendidik. Kita sebagai pendidik janganlah memanggil anak murid kita dengan nama "Beruk." Perkara ini sangat memalukan dan mengaibkan pelajar tersebut sehingga dia berasa malu hendak ke sekolah walaupun dia suka belajar.
Sinopsis
Alias seorang pelajar yang sangat miskin. Ayahnya sudah meninggal dunia dan dia mempunyai ibu yang lumpuh. Alias tinggal di pondok yang sangat buruk, jikalau digoyangkan pondoknya itu maka robohlah pondok itu. Alias mempunyai seekor beruk bernama Pon. Alias sangat menyayangi Pon kerana kalau tidak ada Pon, Alias dan ibunya tidak mendapat duit untuk membeli barang keperluan. Alias akan mengambil upah mengambil buah kelapa. Pada pagi itu, Pon hilang dan Alias mencari Pon sehingga dia terlewat masuk kelas. Cikgu Sunan bertanya kenapa dia lewat, Alias menjawab "Beruk saya, cikgu."Cikgu itu pun terus memanggilnya Beruk dan menyuruh kawan sekelas Alias memanggilnya Beruk.Cikgu Sunan telah melempang Alias sehingga dia terpelanting kerana lewat datang tetapi Alias tidak berdendam. Kerana dilempang Cikgu Sunan, telinga Alias membengkak dan sangat sakit tetapi Alias mendiamkan diri sahaja. Akhir sekali Pon telah dibunuh oleh Alias kerana Pon bertindak kasar kepada Cikgu Sunan. Cikgu Sunan akhirnya insaf dan menanggung perbelanjaan Alias hinggalah ke Universiti.

7 Sifat Orang yang sangat Efektif
(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhan-nya? Katakanlah, " Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.
Surah Az-Zumar (ayat 9)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
Surah Al-Mujadilah (ayat 11)
Berdasarkan dua ayat di atas, maka kita boleh lihat Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Di antara 7 sifat orang yang sangat efektif;
1)Proaktif
-Sentiasa ke hadapan
-Berusaha untuk mendapat ilmu
-Sentiasa fikir perkara yang lain daripada orang lain
2)Rancang Perjalanan Akademik
-Buat jadual
-Setiap hari mesti membaca
3)Keutamaan yang penting
-Berikan keutamaan kepada benda yang paling utama
-Pertimbangan antara dua perkara yang penting
4)Fikir Menang-Menang
-Tidak meninggalkan peluang yang ada
-Belajar mengambil peluang tanpa menganiayai orang lain
5)Faham dulu barulah Memahami
-Kita mesti faham orang lain dulu barulah orang lain memahami kita
-Hormati orang lain jika ingin dihormati
6)Sinergi
-Hafal fakta / formula, selepas itu ulang dan dengar
-Buat kerja bersama-sama
7)Tajamkan Gergaji
-Kita semua ada kelebihan masing-masing tetapi terpulang kepada kita bagaimana hendak mengasah bakat.
Pensil
Pensil
Mempunyai seribu satu makna
Terpulang kepada kita untuk menilainya
Paling penting bagi pensil ialah Arang
Tanpa Arang kita tidak boleh menulis
Arang ini diibaratkan hati dalam badan manusia
Pensil ini boleh digunakan untuk kebaikan atau kejahatan
Kita boleh guna untuk menulis buku atau boleh membunuh
Terpulang kepada pemakai untuk menggunakannya
Jika pensil itu patah
Kita akan rautnya menjadi tajam
Ketika diraut itu
Pensil itu akan merasa sakit, pedih
Untuk menjadi tajam pensil itu harus merasa sakit dahulu.
Akidah
Hari itu, saya buat modul untuk adik-adik halaqah. Saya bagi mereka roti, dan bagi arahan "makan di tempat yang orang tak nampak", tidak kisah di mana-mana tetapi makan di tempat yang orang tak nampak. Saya tersenyum apabila adik-adik makan secara sembunyi-sembunyi. Hanya seorang sahaja tidak makan. Saya tanya kepada dia kenapa tidak makan? Dia menjawab, "Macam mana nak makan kak, dimana-mana akan ada yang melihat kita iaitu Allah S.W.T. Betul tak, kak?" Alhamdulillah, berjaya juga modul yang dibuat. Saya kaitkan dengan tajuk yang hendak dikongsikan bersama-sama adik-adik pada hari itu iaitu Akidah. Akidah merupakan pegangan kita. Mempelajari akidah adalah Fardhu Ain iaitu wajib bagi kita semua mempelajarinya. Apabila rosak akidah maka segala amalan kita menjadi kosong. Rasulullah memantapkan akidah selama 13 tahun di Mekah. Hal ini sangat penting untuk membentuk generasi Islam yang mantap.
Perkara yang sangat besar tetapi kita anggap kecil tetapi disisi Allah ia dianggap besar;
1)Berdoa di majlis
-Kita akan mengatakan Berdoa dan bukan Islam berdoa mengikut Tuhan masing-masing. Seolah-olah kita mengakui ada banyak Tuhan. Nauzubillah min zalik. Kita haruslah meyakini Allah itu satu.
2)Ubat
-Kita selalunya akan cakap baguslah ubat ini, aku makan terus sembuh tetapi kita lupa bahawa Allah yang menyembuhkan segala penyakit.
3)Pisau / Gunting
-Kita selalu cakap "Bagusnya pisau ni, tajamla gunting ni/pisau ni" tetapi kita lupa bahawa Allah yang menajamkannya.
4)Cantik
-Kita lupa bahawa Allah yang memberi kecantikan sehingga kita sombong dan bermegah dengan kecantikan yang kita miliki. Namun, harus kita ingat kecantikan ini hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)