Saturday, 26 March 2011

Hamba Biasa

Masa dan pengalaman banyak mengajar diri ini menjadi insan yang bersyukur kepada Allah. Lambakan tugasan yang banyak dan pelbagai dugaan yang mendatang membuatkan diri ini mahu pergi ke tempat yang sunyi dan tenang. Tempat yang tidak sesak dengan manusia dan bangunan. Tetapi apabila kita berbuat demikian seolah-olah kita ingin lari dari masalah. Diri sangat bersyukur kepada Allah kerana Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Mungkin dalam kita senang kita lupa akan Allah, apabila susah baru tahu betapa kerdilnya diri ini. Allah mentarbiah kita tanpa kita sedar dan secara berterusan. Setiap ujian yang Allah beri merupakan satu proses untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan untuk mematangkan kita. Setiap orang Allah uji dengan keadaan yang berbeza-beza. Ada Allah uji dengan kekayaan dan ada juga yang diuji dengan kemiskinan. Kasih sayang yang Allah bagi kepada hambanya tidak berbelah bagi. Terpulang kepada kita untuk menggapainya atau tidak. Sungguh Allah amat merindui kita apabila dia menguji kita. Allah nak dengar kita hambaNya merintih sayu, menangis hiba, merayu dan meluahkan rasa di hadapan-Nya. Sesungguhnya hamba Mu ini sentiasa lalai dan leka dengan kesenangan dunia.
alt

Pengalaman

Tarikh 24 Mac 2011 merupakan tarikh yang amat bermakna buat diriku. Pada hari itu, saya dan kawan-kawan bertolak dari Tanjong Malim ke Negeri Sembilan. Hari itu, saya mengajar pelajar Tingkatan 2 Ibnu Sinna. Sungguh seronok mengajar pelajar-pelajar ini. Tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.

Friday, 18 March 2011

Bahasa Mat Rempit

Budak-budak sekarang telah mencemarkan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa "mat rempit".
Contohnya ;



Kowunk Sihat Tak? (Kamu semua sihat atau tidak)
Tyomelnya kau (Comelnya kau)
Kaw ni jahatlah (Kau ini jahatlah)
Ajak Dorunk Sekali (Ajak mereka semua sekali)
Leklu (Tunggu Sekejap)
Skunk (Sekarang)

Apa nak jadi dengan remaja sekarang. Ejaan ditambah  dan dipendekkan. Sepatutnya, kita menggunakan bahasa dengan betul agar generasi seterusnya b

Doktor Oh Doktor

Sering kali aku ke klinik, tapi pemeriksaan doktor di klinik mengecewakanku. Kadang-kadang apabila kita ke klinik dia hanya memeriksa seimbas lalu sahaja. Pesakit tengah sakit tetapi dia hanya memeriksa ala kadar sahaja.
Doktor : Sakit ape?
Pesakit : Sakit perut, apabila makan tak boleh masuk. Asyik-asyik nak muntah
Doktor : Awak salah makan tu.
Pesakit : Owh
Beberapa hari selepas itu, penyakit dia tidak sembuh-sembuh. Apabila pergi ke hospital, doktor mengesyaki kanser usus. Tetapi, apabila diperiksa dengan teliti, pesakit itu disahkan menghadapi penyakit ovari. Pada hari itu juga, dia terpaksa membuat pembedahan ovari. Dia tidak dapat makan melalui mulut, dia hanya makan susu yang dimasukkan melalui hidungnya. Kesakitan yang dialami tidak tergambarkan. Kalaulah doktor itu, dapat mengetahui penyakitnya lebih awal, tidaklah dia mengalami kesakitan.Bukan nak salahkan doktor, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti

Minggu lepas, saya dan rakan-rakan saya membuat penyelidikan di Pusat Pembangunan Komuniti di Slim River, Perak. Tempat itu sepeti sekolah yang menempatkan pelajar yang kurang upaya seperti Sindrom Down dan Slow Learner. Mereka ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke pusat ini supaya mereka dapat berdikari dan tidak mengharap bantuan daripada keluarga. Kami menemu ramah ibu kepada salah seorang pelajar di situ. Pelajar itu mempunyai masalah Sindrom Down. Pada mulanya, ibu budak ini tidak boleh menerima kenyataan bahawa anaknya berpenyakit. Hal ini kerana anak-anaknya yang lain semuanya normal tetapi anaknya yang bongsu ini tidak seperti kanak-kanak lain. Akhirnya, dia redha dengan qada' dan qadar. Dorongan dan semangat daripada ibu bapa sangat penting agar anak-anak mereka yang tidak normal ini boleh hidup seperti biasa. Jika kita membiarkan mereka ini terabai maka mereka tiada tempat untuk mengadu.

Kemahiran Berkomunikasi

KEMAHIRAN dalam BERKOMUNIKASI

1.            Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Hal ini boleh ditunjukkan melalui penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata sangat berkesan secara konsisten.
2.            Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten.
3.            Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian secara konsisten.
4.            Kebolehan menyampaikan idea secara bertulis dengan jelas, tersusun, lancar dan  bersesuaian secara konsisten.
5.            Kebolehan membuat pembentangan dengan yakin dan berkesan menggunakan bantuan teknologi (bahasa, simbol dan visual)  secara konsisten.
6.            Kebolehan berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan merangsang perbincangan.
7.            Kebolehan berinteraksi dengan khalayak pelbagai budaya menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi secara konsisten.
8.            Kebolehan  membuat rumusan secara lisan dan bertulis dengan padat,  tepat dan mantap secara konsisten.

Kesalahan dalam Solat

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Kita sering kali melakukan kesalahan dalam sembahyang. Contohnya, kalau kita membaca surah dalam sembahyang tidak mengikut tajwid hukumnya makruh. Hal ini, menjadi peringatan kita bersama. Banyak lagi kesalahan yang kita sering lakukan. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

• Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4). Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

• Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

• Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

• Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

• Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.